Pengenalan Dan Ciri-Ciri Score A Program

Score A Semakin Hebat! dan Mantap! dengan Pakej Premium

(Di Lancarkan Pada 818 – Ogos 18hb, 2010)

Secara keseluruhannya menampilkan 3 perubahan yang sangat BERNILAI!
1. PRODUK yang lebih CANGGIH (i-Teacher yang lebih komprehensif);
2. HARGA yang lebih MURAH (dulu untuk penggunaan setahun amat murah iaitu RM3.26 sehari untuk semua subjek, kini jauh lebih amat murah hanya RM2.18);
3. BONUS yang lebih TINGGI (Edu-Reward sehingga RM1,000; K-Match 1 pair RM90, Maksima 15 pair sehari; & Setiap Belian Pakej ada BV).


Apakah Score A Programme™ ?
  • Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Apakah Pembelajaran Output?
  • Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
  • Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
    • Kena periksa jawapan sendiri
    • Tidak boleh mengulang soalan
    • Tiada pemantauan masa
    • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
    • Tidak Interaktif

  • Kaedah pembelajaran output juga merupakan satu syarat utama ataupun kunci untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kaedah ini mengasah kebolehan pelajar untuk mengaplikasi dan menggunakan apa yang telah dipelajari daripada kaedah pembelajaran input iaitu membaca, menulis, mendengar dan menghafal.

    Kaedah ini sangat berkesan dan telah lama diguna pakai di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP @ MRSM). Antara kesilapan utama pelajar sebelum menghadapi peperiksaan adalah mereka hanya melakukan pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar mendapat markah atau keputusan yang sederhana di dalam peperiksaan walaupun mereka telah belajar bersungguh-sungguh. 

    Matlamat Score A Programme adalah untuk membantu menyelesaikan permasalahan ibu bapa dalam menangani masalah yang dialami dalam proses pendidikan anak. Setelah menggunakan Score A Programme, para pelajar akan menjadi lebih rajin untuk membuat latihan dan seterusnya menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan mencapi kecemerlangan.

    Tip!
    Dengan menggunakan Score A Programme yang diakses secara online, pelajar akan dapat belajar di mana sahaja yang mempunyai sambungan internet walaupun ketikabercuti di kampung ataupun di luar negara.
    Ibu bapa pula dapat memantau aktiviti pembelajaran anak walaupun ketika berada di pejabat atau semasa out-station.

    Score A Programme adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan iaitu "satu rumah satu komputer" dan juga melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah lama digunakan di negara-negara maju.
Apakah Pembelajaran Input?
  • Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
  • Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
  • Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
  • Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.






eTopic™

  • Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
  • Markah lulus 80% iaitu A;
  • Penandaan adalah serta-merta; juga
  • Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.


eAssessment™

  • Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
  • Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
  • Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
  • Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
  • Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan disms ke telefon bimbit ibubapa. 

eTrial Exam™
  • Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
  • Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
  • Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.
eNational Trial Exam™
  • Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.







ePast Year Exam™
  • Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
  • Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
  • Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
  • “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
  • Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.
eTopic™ & eAssessment™
  • Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
  • Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
  • Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.

eProgress™
  • Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
  • Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
eNotes™
  • Nota ringkas tetapi padat
  • Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
  • Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
  • Berkonsepkan peta minda.



eDictionary™
  • Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.







eReport Card™ (Online dan sms)
  • Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
  • Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
  • Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
  • Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
  • Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.













Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
  • Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
  • Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua ! 
Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !



SOAL JAWAB

1. Jikalau anak saya sudah menghadiri kelas tuisyen adakah program ini berguna kepada anak saya?

Sudah tentu! Anggaplah Score A Programme ini sebagai pelengkap kepada proses pembelajaran anak anda. Ini kerana walaupun anda menghantar anak anda menghadiri kelas tuisyen, anda tidak dapat melihat prestasi pembelajaran anak anda. Selain itu, kebanyakan pusat tuisyen juga menggunakan kaedah pembelajaran input seperti di sekolah. Di sini Score A Program bertindak sebagai pelengkap dengan cara menyediakan latih tubi kepada anak anda dan juga membantu menunjukkan prestasi akademik anak anda secara terperinci.
Tuisyen juga biasanya mengambil masa 3-4 jam seminggu sedangkan program ini boleh dibuat 24 jam sehari dan boleh disesuaikan mengikut jadual harian anak anda. Tambahan pula, kos tuisyen sekarang sangat tinggi. Oleh itu, anda boleh menggunakan Score A Programme untuk mengukur prestasi pembelajaran anak dan seterusnya hanya menghantar anak menghadiri tuisyen bagi subjek yang mereka lemah sahaja dan bukannya untuk kesemua subjek. Ini akan membantu menjimatkan kos kehidupan anda sekeluarga.


2. Apakah yang MEMBEZAKAN program ini dengan yang lain?

Score A Programme ini telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh lebih 50,000 pelajar di seluruh Malaysia. Program ini juga telah teruji keberkesannya selepas lebih 5 tahun digunakan di 14 buah sekolah bistari di seluruh negara! Program ini juga telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat sokongan penuh oleh Persatuan PIBG Nasional. 
Program ini juga merupakan rahsia atau kunci kecemerlangan beribu-ribu pelajar yang telah menjadi pelajar terbaik sekolah-sekolah di seluruh negara. 
Setelah menggunakan program ini, anda bukan sahaja dapat memantau aktiviti dan prestasi pendidikan anak anda,tetapi anak anda juga akan menjadi lebih rajin untuk mengulangkaji. Inilah seterusnya yang akan menjadi faktor kecemerlangan anak anda yang seterusnya akan menjadi KEBANGGAAN anda.

3. Selepas melanggan program ini, adakah saya akan dibantu jika memerlukan bantuan?


Ya, anda akan dibantu. Kami tidak bercadang meninggalkan anda sendirian tanpa bimbingan dan sokongan yang sepatutnya. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Kami juga boleh membantu anda untuk mengaktifkan akaun bagi anak anda jika anda tidak yakin untuk melakukannya sendiri.



Comments (0)

Post a Comment